banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar yang jatuh lebih 80 pips sepanjang sesi pagi Eropah Rabu semalam, kembali memacu naik lebih 100 pips pada petangnya untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1320 sebelum menutup sekitar paras 1.1290; setelah data inflasi Euro-Zone mengecewakan.  Dolar meningkat berbanding sekumpulan mata wang semalam, disokong oleh pulangan bon US yang tinggi selepas data perbelanjaan pengguna yang meyakinkan terus menghidupkan spekulasi kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS.

Pulangan bon perbendaharaan dua tahun AS mencapai kadar tertinggi dalam tempoh empat tahun, dan bon jangka panjang AS memberikan pulangan tertinggi dalam hampir dua bulan sebelum mesyuarat Feds yang bermula semalam.  Peningkatan pulangan dua tahun yang melebar antara Amerika Syarikat dan bon kerajaan Jerman pula adalah yang tertinggi dalam lapan tahun, sekaligus membantu dolar pulih.

telegram-moshed

telegram-moshed

Data jualan runcit AS juga mendorong beberapa pelabur untuk meningkatkan pertaruhan mereka bahawa Fed akan menaikkan kadar untuk kali pertama sejak Jun 2006. Pasaran niaga hadapan bagi kadar AS menunjukkan bahawa pasaran meletakkan peluang 27% untuk peningkatan pada Khamis, meningkat daripada 23% pada lewat hari Isnin, menurut kumpulan program FedWatch CME.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register