banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar terus merudum untuk hari ketiga Khamis semalam, lebih 110 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0800 sebelum menutup sekitar paras $1.0825; selepas Institut Kajian Jerman IFO melaporkan indeks keadaan perniagaan jatuh kepada 108.7 mata pada bulan ini, dari bacaan 109 mata pada November yang juga merupakan jangkaan pasaran.  Pada masa yang sama, permintaan yang masih berterusan untuk Dollar pasca kenaikan kadar dari Federal Reserve AS terus mengukuhkan nilai Dollar.

Data IFO Jerman untuk keyakinan perniagaan pada bulan Disember adalah agak mengecewakan, tetapi pada pandangan kedua, mesej untuk ekonomi Jerman masih kekal positif,” menurut Stefan Kipper, seorang pakar ekonomi di Bayerische Landsman di Munich. “Pemulihan dalam pembuatan, terutama di Jerman, menunjukkan momentum ekonomi yang lebih kukuh, manakala sentimen dalam sektor-sektor lain adalah pada tahap yang tinggi.” tambah beliau lagi.

Sentimen dalam pembuatan meningkat kepada paras tertinggi sejak Mei lalu, dengan syarikat-syarikat menyemak semula rancangan pengeluaran mereka ke tahap yang lebih tinggi, menurut IFO dalam satu kenyataan.  Awal bulan ini, Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengurangkan kadar deposit dan melanjutkan program pembelian bon sebanyak enam bulan, yang menekankan perbezaan yang ketara dalam dasar monetarinya dengan AS, walaupun tambahan dana ransangannya meleset dari jangkaan pelabur.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register