banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar membuat kejutan Selasa semalam, apabila melonjak lebih 120 pips untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1449 selepas “economic sentimen” Euro-Zone dilaporkan lebih baik pada 52.7 berbanding 51.3 sebelumnya.  Walau bagaimanapun “consumer sentimen” Jerman meleset kepada 53 berbanding jangkaan pada 55.  Keadaan ini dilihat bersifat sementara, berikutan krisis “Grexit” yang masih lagi hangat diperkatakan.

Greece yang enggan mengikut telunjuk ‘troika’, diberi kata putus untuk memohon lanjutan kepada hutang luarnya yang berjumlah 240 bilion euro.  Menteri kewangan Greece, Varoufakis, dalam satu kenyataan mengatakan terma dan syarat ‘troika’, adalah melampaui batas dan tidak munasabah.  Greece bersedia untuk menandatangani perjanjian, tetapi pada terma dan syarat yang berbeza, tambah beliau lagi.

telegram-moshed

‘Troika’ yang mahu Greece berjimat-cermat sepenuhnya dan menjelaskan hutangnya, kini dilihat sebagai tuan baru Greece; sekaligus menyebabkan Greece enggan tunduk.  Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Euro-Zone selain krisis “Grexit”, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, ekoran mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.  Walau bagaimanapun, Federal Reserve berkemungkinan juga membuat kenyataan yang mengejutkan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register