728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar yang memacu naik lebih 125 pips untuk ke paras tertinggi sekitar $1.0985 Jumaat lalu, kembali susut lebih 70 pips untuk menutup sekitar paras $1.0915; setelah para trader membida Yen dan Euro untuk dagangan ‘safe-haven’ apabila data jualan runcit teras AS dilaporkan meleset dari jangkaan, -0.1% berbanding 0.2% untuk bulan Disember.  Namun sentimen pengguna AS yang bertambah baik, 93.3 mata berbanding 92.7 jangkaan, telah menyelamatkan Dollar.

Euro telah melemah pada hari Khamis, selepas minit mesyuarat bulan Disember Bank Pusat Eropah menunjukkan bahawa beberapa ahli-ahli majlis ECB menggemari penurunan yang lebih besar untuk kadar deposit daripada apa yang diumumkan sebelum ini. Minit juga melaporkan kemungkinan untuk memperluaskan pembelian aset bulanan, di bawah program pelonggaran kuantitatif bank pusat daripada paras semasa sebanyak €60 bilion.

Dalam pada itu, Pierre Moscovici, Pesuruhjaya Eropah bagi Hal Ehwal Ekonomi, telah menegaskan peri pentingnya dalam mendapatkan penyertaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk program ‘bailout’ Greece. Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras sebelum ini telah menolak bantuan IMF, dengan mendakwa dananya tidak diperlukan dan cadangannya tidak membina. Walau bagaimanapun, Moscovici telah menyatakan bahawa “Kami tidak bermain-main dengan IMF … Kami akan cuba untuk mencapai persetujuan dengannya.”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register