EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

0 2

Euro Dollar terus memacu naik lebih 130 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1340 sebelum menutup sekitar paras $1.1315; setelah Biro Statistik Eropah, EuroStat melaporkan angka inflasi yang semakin pulih.  Pada masa yang sama, Dollar terus dijual dalam reaksi kepada keputusan FOMC yang melemahkan Dollar pada awal pagi semalam.

Di pasaran Eropah, inflasi dilaporkan stabil pada 0.2% dibawah sifar seperti jangkaan.  Inflasi teras yang tidak termasuk tenaga dan makanan pula, meningkat 0.8% lebih baik dari jangkaan penganalisis sebanyak 0.7%. Keputusan itu tidak disambut baik pasaran ekuiti, apabila indeks EuroStoxx50 susut lebih 99 mata untuk menutup lebih rendah dari semalam, sekitar 2,990 mata.  Pasaran berada dalam dagangan tipis ekoran ketiadaan laporan berimpak tinggi minggu ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa