EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2015

0 5

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar yang jatuh lebih 85 pips pada sesi pagi Eropah Jumaat lalu, kembali memacu naik petangnya untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1465 sebelum menutup sekitar paras 1.1445, selepas permintaan untuk Dollar jatuh terkesan dari laporan ekonomi AS yang mengecewakan.

Sebelum daripada itu, mata wang tunggal Eropah itu meningkat selepas berita bahawa pertumbuhan ekonomi dalam Euro-Zone mengukuh kepada 0.4% pada suku pertama 2015, daripada 0.3% dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2014. Sebahagian daripada momentum itu datang selepas Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan program pembelian bon besar-besaran pada Mac lalu, untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan mengatasi risiko deflasi.

Para pedagang berkata spekulator telah mengurangkan kedudukan jualan euro mereka pada minggu lepas dan trend itu dijangka menawarkan sokongan belian pada paras yang lebih rendah. Sebaliknya, Dollar Index masih mantap berhampiran paras empat bulan terendah lantaran kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat, menimbulkan keraguan ke atas masa untuk Federal Reserve mula menaikkan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa