banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar memacu naik lebih 145 pips dalam dagangan lewat petang New York, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1440 sebelum menutup sekitar paras 1.1435; setelah mesyuarat FOMC Federal Reserve AS memutuskan untuk mengekalkan kadar buat masa ini.  Keputusan dasar yang ditunggu dengan penuh minat itu mengecewakan para pelabur yang mengharapkan bahawa Feds akan menaikkan kadar disamping meninggalkan mesej agresif dalam kenyataan medianya.

Sebelum daripada itu Ian Stannard, ketua FX Strategi Eropah di Morgan Stanley London memberi komen, “Jika mereka melengahkan kenaikan, anda mungkin akan melihat tindak balas kebawah.  Kami melihat apa-apa turun naik sekitar FOMC sebagai peluang untuk membeli dolar, ” “Walaupun mereka tidak bertindak sekarang, Feds masih berada dalam proses penyediaan untuk berbuat demikian. Atas dasar itu, apa-apa kejatuhan dalam dolar dilihat bersifat sementara.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Analisis bank Perancis BNP Paribas menunjukkan bahawa pertaruhan untuk kenaikan kadar telah berkurang sejak Mac, dan ini telah meninggalkan permintaan untuk dolar rata.  Ini juga bermakna beberapa pelabur jangka panjang akan terpaksa menjual dolar apabila Fed tidak melaksanakan kenaikan pada kali ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register