728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

Euro Dollar yang membuka dengan ‘gap-up’ Isnin semalam, memacu naik dalam dagangan tipis, lebih 57 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1331 sebelum menutup sekitar paras $1.1311; setelah para trader menunggu mesyuarat ECB pada minggu ini.  Bank Pusat Eropah tidak gembira dengan kejatuhan Dollar AS baru-baru ini, tetapi menerimanya sebagai akibat semula jadi dari dasar ekonomi berhati-hati Federal Reserve AS dan mendapati tiada sebab untuk melemahkan Euro.

Dollar yang lemah telah menaikkan nilai Euro sebanyak 4% sejak awal bulan Mac dan 6% pada tahun lepas dan mengurangkan inflasi yang diimport di Euro-Zone, sekaligus menjadikannya lebih sukar untuk ECB meningkatkan harga selepas inflasi negatif yang datang berulang kali. Tetapi dengan lebih banyak bank-bank pusat melonggarkan dasar monetari untuk merangsang ekonomi mereka yang lembap, ianya membawa risiko perang matawang, menurut seorang pegawai ECB.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa saluran kadar pertukaran tidak lagi berfungsi seperti dulu,” menurut sumber dalam ECB yang tidak mahu namanya disiarkan. “Dengan Feds yang mengurangkan jumlah kenaikan kadar, ia membawa Dollar yang lebih lemah dan kita perlu mengelakkan tanggapan bahawa kami menyasarkan kadar pertukaran yang lebih rendah.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Akhbar ‘The Arab Times’ melaporkan bahawa ahli ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini mencadangkan bahawa ECB marah dengan persepsi bahawa Feds AS mahu menurunkan nilai Dollar, dan menggesa satu perjanjian mata wang pada mesyuarat ekonomi utama G-20 di Washington minggu lepas. Tetapi pegawai bank-bank pusat dan pegawai kerajaan menyatakan ketegangan tersebut tidak wujud.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register