EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2015

0 8

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar sedikit menyusut dan bertahan diatas pivot mingguan, sekitar 1.1368 ketika artikel ini ditulis, beberapa jam sebelum mesyuarat FOMC Amerika Syarikat.  Walau bagaimanapun, dengan nilai tukaran yang sudah berada dibawah pivot harian, menunjukkan pembelian Dollar semakin bertambah; sekaligus memungkinkan pivot mingguan dibolosi.

Pasaran Eropah sedang dibelenggu kemelut “Grexit”, yang memungkinkan Greece keluar dari Kesatuan Eropah; sekaligus menghapuskan penggunaan matawang euro dalam negara tersebut.  Walaupun ini dilihat agak mustahil, ekoran komen Perdana Menteri Greece yang baru tempoh hari; bahawa keluar dari EU bukanlah jalan penyelesaian dan beliau bersedia berunding, bagi membentuk negara Greek yang lebih berdaya saing.

Ketika ini, Jerman menentang sebarang bantuan lanjut kepada bank-bank Greek, melainkan kerajaan Greece menandatangani permohonan lanjutan bantuan dana kecemasan.  Hari ini Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, sekiranya mesyuarat FOMC AS terus tegas dalam kenyataannya, dengan kenaikan “interest rate” pada tahun ini.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa