Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar susut lebih 55 pips Isnin semalam untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0870 sebelum menutup sekitar paras $1.0890; setelah trader menjual Euro apabila tekanan susut semalam dan bersedia untuk mesyuarat ECB  pada minggu ini. Bank Pusat Eropah terpaksa mengurangkan sasaran inflasi apabila pasaran telah hilang kepercayaan terhadap keupayaannya untuk memulihkan Euro-Zone yang bermasalah, menurut amaran keras dari UBS.

Tahun lepas merupakan tahun dimana inflasi adalah yang paling lemah sejak penubuhan Euro pada tahun 1999 – dengan purata hanya 0.3% dan jauh di bawah objektif rasmi ECB sekitar 2%. Inflasi yang suam-suam kuku, digabungkan dengan tinjauan ekonomi yang goyah, bermakna kepercayaan pelabur terhadap komitmen ECB ke arah inflasi yang lebih tinggi, sedang terhakis ‘hari demi hari’, menurut Ketua Pegawai Pelaburan UBS. UBS melihat ECB perlu menurunkan sasaran lebih rendah, kepada hanya satu peratus pada 2018, demi untuk mengembalikan kewibawaan mereka.

telegram-moshed

Walaupun mendapat tentangan berterusan dari Jerman, ECB telah berjaya membawa kadar pertumbuhan Euro-Zone kepada 1.6% pada suku ketiga tahun lepas. Angka tersebut adalah dua kali ganda daripada suku yang sama pada tahun 2014, dan anggaran potensi pertumbuhan sebanyak 0.9%. Bimbang tentang inflasi yang rendah, Ketua Ekonomi ECB Peter Praet telah memberi amaran bahawa kesan inflasi yang rendah ‘tidak boleh diabaikan dan bukanlah kesan sementara’, kerana ia membantutkan pelaburan dan memaksa pengguna untuk menangguhkan perbelanjaan mereka.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register