728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus bertarung untuk kekal diatas paras 1.06 beberapa jam sebelum mesyuarat FOMC bermula, dan ‘inverse head and shoulder chart pattern’ mula terbentuk dengan jelas di carta 1 jam ketika artikel ini ditulis.  Petanda yang menunjukkan kebarangkalian kadar tukaran EUR|USD memacu naik itu, nampaknya menjadi kenyataan, apabila minit mesyuarat FOMC merubah sentimen pasaran dan memulakan uptrend di carta harian dengan pembatalan sekitar 1.0470

Majlis mesyuarat FOMC membuat keputusan untuk menggugurkan perkataan sabar dalam kenyataan terbarunya; namun jangkaan-jangkaan data ekonomi seperti GDP dan inflasi yang dikemaskini kepada lebih rendah, menyebabkan pasaran melihat kenaikan “interest rate” tidak akan disegerakan pada Jun seperti yang dijangka.  Para penganalisa melihat, dengan data ekonomi yang baru dibentangkan, September adalah masa yang lebih sesuai.

Hari ini ECB bakal melaporkan data “target LTRO” yang dijangka mengurang dari 129.8 bilion euro kepada 40 bilion euro dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 289 ribu kepada 292 ribu pemohon.  Dengan sentimen pasaran yang telah berubah, sebarang kejatuhan nilai tukaran EUR|USD dilihat sebagai satu peluang belian.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register