banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar merudum lebih 140 pips Isnin semalam, selepas memacu naik lebih 980 pips selama 4 minggu.  Paras tertinggi semalam sekitar 1.1450 adalah antara yang tertinggi dalam masa 3 bulan, sebelum menutup sekitar paras 1.1315.  Euro yang kini masih dihantui krisis hutang Greece, dibebankan lagi dengan memo dari IMF yang mengatakan bahawa Greece tidak mungkin dapat membayar hutangnya pada 5 Jun ini, kecuali satu persetujuan dicapai, menurut laporan Berita Saluran 4 TV UK Sabtu lalu.

Harga bon jatuh di Itali dan Sepanyol, manakala perak dan emas meningkat. Pemimpin Kesatuan Eropah bakal bertemu di Riga dari 21 Mei, di tengah-tengah beberapa tanda kemajuan dalam rundingan antara Greece dan pemiutangnya. Tanda aras Bloomberg yang menjejaki Dolar berbanding 10 matawang utama pada hari Jumaat, mengalami kejatuhan mingguan yang paling lama sejak Oktober 2013; selepas laporan ekonomi AS yang bercampur-campur memaksa pelabur untuk menilai semula masa kenaikan “interest rate” AS.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan “ZEW Economic Sentiment” yang dijangka merosot dari 64.8 kepada 62.4 dan Jerman juga dijangka merosot dari 53.3 kepada 48.8.  CPI Euro-Zone dijangka kekal pada 0%.  Malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “bulding permits” yang dijangka bertambah baik dari 1.04 juta kepada 1.06 juta, dan “housing starts” yang juga dijangka bertambah baik dari 930 ribu kepada 1.02 juta.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register