banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 19 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar melonjak lebih 60 pips sepanjang sesi Asia Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.0690 sebelum jatuh semula sepanjang sesi Eropah, sebelum menutup sekitar paras 1.0660; setelah Euro mendapat rehat dari Dollar AS yang diselaraskan dan diperbetulkan. Perbezaan antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu mempunyai kesan melemahkan Euro berbanding Dollar, sekaligus menyediakan rangsangan yang bernilai kepada pertumbuhan ekonomi di Eropah.

Lloyds Bank melaporkan semalam bahawa: “Ini boleh dilihat sebagai agak ketinggalan kerana mesyuarat itu berlaku sebelum laporan pasaran buruh yang kukuh pada Oktober. Walau bagaimanapun, apa yang terselindung di sebalik kenyataan akhbar yang tidak disangka-sangka agresif itu masih menarik. Khususnya, pasaran akan mencari bukti tentang kesediaan majoriti ahli FOMC untuk menaikkan kadar pada bulan Disember dan sekiranya  ada apa-apa bantahan terhadap langkah itu.”

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Presiden Bank Pusat Jerman Jens Weidmann bakal berucap pada Forum IMF di Frankfurt dan ECB akan menyiarkan minit mesyuarat terbarunya.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 276 ribu kepada 272 ribu pemohon, dan indeks pembuatan Philadelphia dijangka meningkat dari -4.5 kepada 0.1.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register