728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi sekitar 1.0800 ke serendah 1.0715 sebelum menutup pada sekitar 1.0760; sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD berada di atas pivot hari ini, sekitar 1.0760  Uptrend masih lagi kukuh di carta harian dengan pembatalan pada sekitar 1.0605

Di pasaran Eropah, program ‘Quatitative Easing’ (QE) oleh ECB diberitakan mula menampakkan hasil apabila aktiviti perkilangan di negara-negara teras Euro-Zone dilaporkan meningkat ke paras tertinggi dalam masa 10 bulan.  Jerman, Itali, dan Perancis semuanya melaporkan aktivit perkilangan yang lebih baik dari sebelumnya, malah melebihi jangkaan.  Walau bagaimanapun, krisis ‘Grexit’ masih menghantui pasaran dan mengekang permintaan untuk Euro.

Hari ini Euro mungkin mendapat sedikit permintaan apabila “ADP employment change” dan “manufacturing PMI” Amerika Syarikat Rabu semalam, dilaporkan meleset dari jangkaan.  Tambahan pula hari ini, “unemployment claims” AS dijangka meningkat sebanyak 3 ribu pemohon dan NFP esok dijangka mengurang dari 295 ribu kepada 244 ribu tambahan pekerja.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register