Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2014

trade-forex-malaysia-euro

Euro Dollar menokok lagi 8 mata (lewat malam semalam)  dengan para pedagang yang sedang bersedia menghadapi mesyuarat ECB Khamis ini 4 December 2014. Data perkilangan PMI Eurozone yang meleset jauh dari jangkaan ketika dagangan pagi Eropah menyaksikan kejatuhan Euro ke paras 1.2420 ditambah dengan data perkilangan Jerman yang meyusut diluar jangkaan untuk bulan lepas yang hampir melumpuhkan sector perkilangan di Eropah

Sektor perkilangan Itali kekal pada 49 untuk November,meleset sedikit dari jangkaan 49.4 yang dibuat oleh penganalisis ekonomi dalam bancian Bloomberg. Walaupun data untuk Perancis merubah dengan sedikit peningkatan dari jangkaan asal, bacaan 48.4 masih menunjukan pengucupan selama 7 bulan berturut-turut. Di Jerman, kuasa ekonomi terbesar Eropah, pesanan untuk eksport jatuh buat kesekian kalinya sejak 16 bulan lalu dengan laporan bancian yang menunjukkan pengurangan permintaan dari China, Amerika Syarikat dan negara Eropah yang lain. Index sektor perkilangan di China juga menunjukan kejatuhan kepada 50 pada November dari 50.4 pada Oktober, yang terendah sejak Mei 2014

telegram-moshed

Walaupun sektor perkilangan Perancis dan Itali menguncup, Sepanyol telah berkembang diluar jangkaan. Sektor perkilangan Euro Zone telah menepu pada November dan pesanan baru untuk eksport telah jatuh dengan mendadak untuk tempoh 19 bulan walaupun pengilang menurunkan harga. Ini jelas menunjukan perkembangan yang malap untuk bulan-bulan yang mendatang lapor satu bancian Isnin semalam.

Yang lebih membimbangkan pembuat polisi ECB yang bertungkus-lumus untuk menjana semual ekonomi dan menaikan inflasi adalah aktiviti perkilangan yang semakin berkurang di tiga blok ekonomi terbesar Eropah – Jerman, Perancis dan Itali. Pengurangan ini berlaku walaupun pekilang telah menurunkan harga 3 bulan berturut-turut pada paras terendah sejak pertengahan 2013.

Inflasi tahunan menurun kepada 0.3% untuk November, tegar pada paras bahaya bagi ECB, dengan pengangguran pada kadar 11.5% untuk 3 bulan berturut-turut hingga Oktober. Walaubagaimanapun ECB tidak dijangkan untuk mengubah polisi yang sudah pun sedia longgar pada mesyuarat khamis ini. Paling tidak ECB akan terus membeli bon kerajaan menurut bancian Reuters minggu lepas.

 

Masih belum mempunyai pengalaman trading? Jom buka akaun demo bersama One Financial Markets di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register