banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Jul 2015

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar terus merudum untuk hari kedua, lebih 125 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1040 sebelum menutup sekitar paras 1.1050; setelah Dollar AS melonjak lebih kukuh daripada yang dijangkakan apabila data pekerjaan menunjukkan bahawa AS menambah lebih banyak pekerjaan.  Data ADP memberi beberapa petunjuk tentang apa yang diharapkan hari ini dengan data NFP rasmi kerajaan.

Semalam Swiss National Bank (SNB) mengumumkan bahawa ia telah campur tangan dalam pasaran mata wang. Kerajaan Switzerland menyokong usaha-usaha oleh bank pusat negara itu untuk melemahkan franc Switzerland yang “sangat terlebih nilai”, yang berkemungkinan menyebabkan pertumbuhan yang sangat lemah pada suku hadapan tetapi tidak mencetuskan krisis ekonomi yang tiba-tiba.  Menurut SNB ini adalah untuk mengekang CHF, di tengah-tengah krisis hutang Greece yang menyebabkan ekonominya yang berasaskan eksport terkesan.

telegram-moshed

Greece telah memainkan wayangnya dan ECB dan IMF juga telah berlakon; apabila Greece hampir meletakkan semua rundingan terhenti dengan memanggil referendum minggu lepas dan ajaibnya walaupun gagal untuk membuat pembayaran kepada IMF; Euro melalui semua peristiwa-peristiwa luar biasa lebih seminggu itu pada kadar sekitar $1.11 – $1.10 berbanding Dolar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register