Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.0895 ke serendah $1.0835, sebelum menutup sekitar paras $1.0865; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat ECB minggu depan, kerana data inflasi yang suram minggu ini berkemungkinan besar memaksa Presiden ECB Mario Draghi untuk mengambil beberapa tindakan langsung.

Di pasaran Eropah, ahli Majlis Pentadbiran ECB Francois Villeroy de Galhau berkata bahawa bahaya yang dihadapi ketika ini adalah deflasi, bukan inflasi. “Jika harga tenaga yang rendah mempunyai kesan jangka panjang yang mampan, kita perlu bertindak. Begitulah keadaannya ketika ini, tetapi kita akan lihat pada akhir bulan Mac ini.” tambah beliau lagi.

Data inflasi dari Jerman, Perancis dan Sepanyol baru-baru ini, semuanya mengecewakan. Di Jerman, kadar inflasi menurun kepada -0.2% daripada 0.4%. Kadar di Perancis jatuh kepada -0.1%, manakala harga di Sepanyol merosot 0.9%. Semua bacaan adalah lebih buruk daripada jangkaan ahli ekonomi. Data terbaru Itali juga menunjukkan bacaan -0.2%, meleset dari jangkaan.

Untuk memulakan kebangkitan semula inflasi, ECB telah mengurangkan kadar depositnya kepada -0.3% dan mengepam €60 bilion ($66 bilion) sebulan ke dalam ekonomi melalui program pembelian aset.  Pegawai-pegawai Bank Pusat Eropah berkata, mereka bersedia untuk mengembangkan rangsangan jika diperlukan bagi menangani risiko inflasi rendah yang semakin berakar dalam ekonomi di rantau itu.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!