728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

Euro Dollar terus memacu naik untuk hari kelima berturut-turut Jumaat lalu, lebih 110 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1459 sebelum menutup sekitar paras $1.1450; walaupun data ekonomi Euro-Zone dilaporkan bercampur-campur.  Menurut penganalisis kenaikan kadar tukaran EUR/USD ini telah banyak dipengaruhi oleh kelemahan dalam nilai Dollar, terutamanya selepas angka GDP Amerika Syarikat mengecewakan pasaran.

Di pasaran Eropah, Agensi EuroStats yang memantau perkembangan ekonomi dalam blok ekonomi lebih 18 negara itu, melaporkan bahawa walaupun GDP Euro-Zone telah meningkat, inflasi masih terus jatuh kedalam wilayah negatif. Indek harga pengguna untuk seluruh Euro-Zone kembali jatuh kepada 0.2% dibawah sifar, terkesan dari harga minyak yang rendah sebelum ini.  Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Euro-Zone dilaporkan meningkat sebanyak 0.6% pada suku pertama 2016.

Angka tersebut adalah dua kali ganda lebih kukuh daripada suku sebelumnya, dan juga mengatasi jangkaan pasaran.  Pertumbuhan yang lebih baik di Perancis dan Sepanyol dikatakan sebagai faktor utama GDP Euro-zone dapat mengatasi jangkaan, malah lebih baik dari UK yang mencatatkan kenaikan sebanyak 0.4% sahaja.

telegram-moshed

EuroStats juga melaporkan kadar pengangguran telah turun dari 10.4% pada bulan Februari kepada 10.2% pada bulan Mac, yang merupakan kadar terendah sejak Ogos 2011.  Hari ini Presiden ECB bakal berucap di Frankfurt, dan beliau dijangka memberikan komen balas kepada kenyataan Jerman yang mengatakan kadar negatif telah memerah para penyimpan dan AS pula bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka susut dari 51.8 mata kepada 51.6 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register