728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Oct 2015

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar melonjak lebih 75 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1210 sebelum menutup sekitar paras 1.1195; setelah pengumuman suram data pembuatan Jerman mengambil angin dari layar euro.  Euro berundur daripada paras tertinggi berbanding matawang utama dalam awal sesi Eropah, selepas data menunjukkan bahawa pertumbuhan sektor swasta di Jerman dan Euro-Zone susut sedikit pada bulan September.

PMI pembuatan Jerman susut kepada 52.3 pada September daripada 53.3 pada bulan Ogos, walaupun sektor ini masih menikmati suku terbaiknya selama lebih setahun. Perniagaan mengekalkan output yang kukuh dan pesanan baru bertambah baik, menurut Markit.  Sementara itu, perniagaan juga menurunkan harga selepas kos jatuh lagi, walaupun pekerjaan meningkat pada kadar yang lebih lemah.

“Gabungan peningkatan pesanan tertunggak dan peningkatan pesanan baru, menunjukkan bahawa syarikat-syarikat akan terus meningkatkan tahap pengeluaran, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek,” menurut Markit.  Data daripada Markit menunjukkan bahawa Indeks PMI perkhidmatan Euro-Zone susut kepada 54 pada September daripada 54.4 pada bulan sebelumnya. Ia adalah di bawah skor jangkaan 54.2. PMI pembuatan pula jatuh kepada 52, sejajar dengan ramalan, daripada 52.3 pada bulan Ogos.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register