EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Apr 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar terus memacu naik lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.0850, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; selepas data-data ekonomi Amerika Syarikat berterusan mengecewakan, sekaligus memudarkan spekulasi kenaikan pada Jun ini.  CPI Euro-Zone yang dilaporkan stabil pada Jumaat, membantu sokongan belian untuk Euro ekoran CPI AS yang dilaporkan sedikit meleset pada malamnya.

Angka rasmi inflasi Euro-Zone disahkan hanya -0.1% pada bulan Mac, seperti jangkaan dan lebih baik daripada -0.3% pada bulan Februari. Hanya 9 daripada 19 negara blok yang kini berada dalam deflasi, berbanding 17 pada bulan Januari.  ECB telah melancarkan program pembelian bon €1.10 trilion untuk menghidupkan semula pertumbuhan harga pada bulan lepas dan dijangka berlangsung sehingga September 2016.  ECB juga mengisyaratkan inflasi berkemungkinan mencecah 1.8% pada 2017.

Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, para pedagang dijangka mula menumpukan kepada data-data ekonomi yang bakal dilaporkan sepanjang minggu ini.  3 data utama dari Euro-Zone bakal menjadi perhatian – Jerman ZEW “economic sentimen” pada Selasa, mesyuarat EuroGroup dan Jerman IFO “business climate” pada Jumaat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa