728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar melonjak hampir 90 mata, naik ke paras tertinggi sekitar 1.1638 Isnin semalam, dalam dagangan tipis yang dipenuhi aktiviti pengambilan untung.  Para pengurus dana, pedagang dan pelabur dilihat mula memberikan tumpuan kepada mesyuarat ECB Khamis ini, dimana Presiden ECB Mario Draghi dijangka akan mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) ala Amerika Syarikat untuk Euro-Zone.

Keadaan Euro yang sudah sememangnya tidak menentu, dengan pelbagai masalah ekonomi yang melanda negara-negara teras dalam Kesatuan Eropah seperti Itali, Perancis, Sepanyol; kini berdepan pula dengan krisis politik Greece yang memungkinkan ianya keluar dari Euro-Zone.  Walapun Greece hanya menyumbang kurang dari 2% kepada GDP Euro-Zone; pengeluaran tersebut boleh menyebabkan Greece melupuskan semua hutangnya dengan “troika” (ECB, EU, IMF) yang berjumlah 260 bilion Euros.

Hari ini, Euro-Zone bakal melaporkan data berimpak tinggi “economic sentiment” yang dijangka bertambah baik.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka menggunakan sebarang kenaikan nilai EUR|USD untuk terus menjual.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register