728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar jatuh lebih 100 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.0710; sebelum menutup pada paras 1.0735, selepas Menteri Kewangan Greece memberi amaran bahaya kepada EU dan penularan jika Greece meninggalkan Euro-Zone.

Menteri-menteri kewangan Cyprus, Portugal dan Belanda berkongsi pandangan mereka mengenai rundingan pembiayaan berterusan dengan Greece. Ia masih mungkin bahawa Greece boleh kekal dalam Euro-Zone; walaupun kebanyakan penggubal dasar ECB tidak berpandangan demikian. Yang paling ditakuti adalah keadaan akan menjadi bertambah buruk, sebelum ia menjadi lebih baik.

telegram-moshed

Kini tidak ada yang menjangka sebarang penyelesaian bagi pembiayaan kecemasan untuk Greece pada mesyuarat menteri-menteri kewangan Euro-Zone di Riga, minggu ini yang asalnya ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perjanjian baru. Tarikh akhir kini dikatakan telah dilanjutkan kepada Euro Summit pada 11 Mei ini.

Bercakap kepada CNBC pada mesyuarat musim bunga IMF di Washington, menteri-menteri kewangan Euro-Zone cuba mengelak untuk membincangkan kemungkinan keluarnya Greece dari Euro-Zone – atau “Grexit” – tetapi mengakui bahawa keadaan adalah “tidak stabil” dan hasil rundingan dengan ‘troika’ masih tidak menentu.

Hari ini Jerman bakal melaporkan “ZEW economic sentiment” yang dijangka bertambah baik dari 54.8 kepada 55.5 dan untuk Euro-Zone pula dijangka meningkat dari 62.4 kepada 63.7  Tiada data ekonomi dari Amerika Syarikat hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register