Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar yang memacu naik lebih 65 pips sepanjang sesi Asia, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0975 kembali merudum lebih 95 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0875, sebelum menutup sekitar paras $1.0890; setelah PPI Jerman meleset dari ramalan tetapi pasaran hanya memberi sedikit perhatian. Euro terus menyerahkan kenaikan awal dan kini bersedia untuk menghadapi keputusan kadar ECB pada malam nanti.

Di pasaran Eropah, peningkatan tahap pinjaman tidak berbayar yang dihadapi oleh sistem perbankan Itali menimbulkan kebimbangan pelabur tentang kesihatan sektor tersebut, menyebabkan jualan dalam saham perbankan tempatan semalam. Menurut data yang diterbitkan oleh Persatuan Perbankan Itali, pinjaman kasar bank Itali yang tidak berbayar, diukur pada nilai muka mereka, berjumlah kira-kira €201 bilion pada bulan November, 11% lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Menteri Ekonomi Itali, semalam mengatakan ECB menghantar permintaan untuk data mengenai pinjaman yang tidak berbayar kepada beberapa bank-bank Eropah, bukan sahaja institusi di Itali, dan “tiada kebimbangan khusus mengenai bank Itali” yang dinyatakan. Euro bergerak lebih tinggi sebelum Bank Pusat Eropah bermesyuarat hari ini untuk mengkaji kemelut ekonomi Eropah. “ECB dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan pada kali ini,” menurut Joe Manimbo, seorang penganalisis pasaran di Western Union Business Solutions.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register