Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar sedikit susut Isnin semalam, dalam dagangan ‘ranging’ sekitar 70 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0870 ke paras terendah sekitar 1.0810; selepas PPI Jerman mempunyai sedikit kesan lantaran pedagang yang terus mengkaji komen Mario Draghi pada Khamis lalu dan pasaran sedikit lega apabila bank-bank Greece dibuka buat pertama kali selepas ditutup selama 3 minggu.

Hari ini, kalendar ekonomi benar-benar kosong di EU. Bank Greece dibuka semula tetapi kawalan modal dikekalkan. Walau bagaimanapun, risiko jangka pendek Greece dikurangkan, meletakkan ianya di luar radar pasaran buat sementara waktu. Sentimen risiko kepada pasaran ekuiti boleh menjadi item perdagangan yang paling penting untuk Jerman Bund manakala evolusi pada pasaran komoditi juga akan dipantau rapat.

Minggu lepas Greece bersetuju untuk meneruskan langkah-langkah penjimatan baru, sebagai pertukaran kepada tunai yang amat diperlukan bagi mengekalkan kedudukannya dalam Euro-Zone buat masa ini.

Di Amerika Syarikat, kalendar ekonomi juga kosong, yang bermakna bahawa perdagangan akan didorong oleh sentimen.  Penganalisis berkata, pelabur kini mula memberi tumpuan semula kepada data makroekonomi, selepas beberapa bulan kebelakangan ini telah dikuasai oleh krisis hutang Greek dan kejatuhan lebih daripada 30% dalam pasaran saham China.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register