EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Mei 2015

0 12

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1150 ke serendah 1.1060, sebelum menutup sekitar paras 1.1090 setelah tidak banyak yang dapat diharapkan dari minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Di pasaran Eropah, para pedagang terus bimbang tentang Greece dan ulasan ECB bahawa ia mungkin meningkatkan program pembelian bon. Inflasi Jerman pula menurun kepada 0.1% sebelum pedagang berpindah ke Dollar AS di sesi dagangan New York, selepas angka-angka yang menunjukkan pembinaan rumah baru AS mencecah kadar paling kukuh dalam masa tujuh tahun pada bulan April lalu.

“Dolar sedang dibeli ekoran data perumahan yang agak kukuh dan ulasan pasaran bon dari pegawai ECB,” kata Yujiro Goto, pakar strategi matawang di Nomura. “Oleh kerana Federal Reserve bergantung kepada data, melihat laporan ekonomi yang lebih baik adalah sangat penting,” katanya kepada Bloomberg News.

Minit mesyuarat FOMC yang disiarkan awal pagi tadi, menyaksikan komen-komen ahli majlis mesyuarat yang tidak yakin untuk kenaikan seawal Jun. Seorang ahli yang mempunyai kuasa mengundi En Charles Evans, telah berhujah untuk melewatkan kenaikan “interest rate” kepada awal 2016. ¬†Namun dengan hanya beliau yang begitu pesimis, para penganalisis melihat Feds masih berminat untuk menaikkannya tahun ini.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa