banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar yang melonjak lebih 60 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1385, jatuh semula lebih 50 pips sebelum menutup sekitar paras 1.1345; setelah para pelabur teragak-agak untuk membuat apa-apa langkah utama menjelang mesyuarat dasar monetari ECB di Malta esok.

Pada bulan September lalu, kadar inflasi di Euro-Zone jatuh sebanyak 0.1%, menandakan kali pertama ia jatuh di bawah sifar sejak Mac.  Pada bulan yang sama, ECB melancarkan program pelonggaran kuantitatif jangka panjang, sebanyak €60 bilion sebulan, yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Presiden ECB Encik Draghi juga menyatakan bulan lalu bahawa ECB boleh melanjutkan pelonggaran kuantitatif selepas September, 2016, jika diperlukan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Ramai ahli ekonomi terkemuka di Eropah tidak mengharapkan ECB untuk membuat apa-apa perubahan penting kepada program itu pada mesyuarat esok. Mana-mana isyarat daripada Encik Draghi bahawa ECB mungkin perlu meningkatkan skop inisiatif pembelian bon, boleh memberikan satu pengakuan tersirat bahawa program pelonggaran kuantitatif ECB telah terbukti kurang berjaya daripada yang diharapkan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register