728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar jatuh lebih 185 pips sepanjang sesi dagangan New York Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1270 sebelum menutup sekitar paras 1.1295; setelah langkah Federal Reserve AS mengekalkan kadar mungkin menggesa ECB untuk menambah ransangan bagi mengelakkan kadar tukaran EUR/USD dari meningkat dan melemahkan eksport Euro-Zone.

Feds AS mengekalkan kadar tidak berubah selepas mesyuarat dua hari yang paling hangat dijangkakan dalam tahun ini.  Ekonomi Amerika Syarikat yang pulih dengan kejatuhan angka pengangguran, telah menghangatkan jangkaan bahawa Feds akan mula menaikkan kadar. Tetapi dengan kadar inflasi yang masih jauh di bawah sasaran 2%, Feds terus berdiam diri.

telegram-moshed

Di pasaran Eropah, euro meningkat pada sambutan awal terhadap keputusan Feds. Dasar monetari yang lebih ketat biasanya membawa kepada mata wang yang lebih kukuh. Dalam dagangan lewat petang New York, euro meningkat 1.3% kepada $1.1437. Kenaikan itu, jika berterusan, akan menambah tekanan kepada ECB untuk menambah ransangan bagi memastikan pemulihan ekonomi Eropah, yang masih bergantung kepada eksport.

Pertumbuhan ekonomi di Euro-Zone telah disemak semula kepada lebih tinggi pada suku kedua oleh Pejabat Statistik Kesatuan Eropah, dengan eksport sebagai pemacu utama. Eksport Euro-Zone ke Amerika Syarikat meningkat 20% pada suku lepas daripada tahun sebelumnya, menurut data dari agensi tersebut.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register