Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, naik turun lebih 125 pips dalam masa 3 jam, dari paras tertinggi harian sekitar $1.1397 ke serendah $1.1270, sebelum menutup sekitar paras $1.1287; setelah pasaran mencerna ucapan Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi dan laporan ekonomi AS yang bercampur-campur.  Encik Mario Draghi berkata ECB bersedia untuk menggunakan “semua instrumen yang ada,” termasuk penurunan kadar selanjutnya untuk memastikan inflasi mencapai ke sasarannya.

Di pasaran Eropah, dalam sidang akhbar selepas mesyuarat ECB itu, Encik Draghi juga berkata bahawa risiko kepada ekonomi Euro-Zone kekal “condong ke arah bawah” dan memberi amaran bahawa inflasi boleh bertukar negatif semula pada bulan-bulan yang akan datang. Tetapi beliau menambah bahawa ECB masih yakin bahawa kadar inflasi akan naik kembali ke arah sasarannya sekitar 2%. Komen-komen tersebut datang selepas ECB mengekalkan kadar penanda aras pada rekod rendah sifar, dalam keputusan yang telah pun dijangka.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, Federal Reserve Bank cawangan Philadelphia melaporkan indeks pembuatan yang merudum kepada -1.6 mata daripada 12.4 mata pada bulan Mac.  Pasaran menjangkakan hanya kejatuhan kepada 8.9 mata sahaja.  Walau bagaimanapun, Jabatan Buruh AS melaporkan angka tuntutan bantuan pengangguran yang lebih baik, dengan tuntutan hanya sebanyak 247 ribu berbanding jangkaan sebanyak 265 ribu.  Sebelum ini bacaan adalah sebanyak 253 ribu tuntutan; sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang sihat.

telegram-moshed

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan angka PMI pembuatan yang dijangka meningkat dari 51.6 mata kepada 51.8 mata dan angka PMI perkhidmatan yang juga dijangka lebih baik dari 53.1 mata kepada 53.3 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register