banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012Euro Dollar terus menjunam jatuh lebih 70 mata untuk membuat paras terendah tahunan yang baru sekitar 1.2220 pada Jumaat lalu walaupun data “consumer confidence” dari Jerman keluar lebih baik dari jangkaan, 9.00 berbanding 8.80 disebabkan permintaan terhadap Dollar yang bertambah lantaran pengumuman Federal Reserve Amerika Syarikat untuk menaikkan “interest rate” seawal April 2015.

Eropah yang sedang berdepan dengan masalah inflasi yang rendah sejak 2011, kini ditambah lagi dengan keadaan politik yang tidak stabil di Greece.  Khamis lalu, Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble menyeru penggubal undang-undang untuk memanjangkan program “bailout” untuk Greece selama dua bulan untuk menstabilkan keadaan pasaran kewangan.

Khamis ini, Dewan Rendah Jerman bakal mengundi untuk membenarkan Athens terus berbincang dengan kreditor antarabangsa selepas pilihanraya Presidennya.  Pada masa yang sama, Presiden ECB Mario Draghi dilihat bakal melancarkan program ransangan ekonominya seawal Januari 2015 walaupun strategi beliau untuk membeli bob-bon kerajaan mendapat tentangan dari Jerman.

telegram-moshed

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone, dagangan dijangka “ranging” sehingga data berimpak tinggi “existing homes sales” dari Amerika Syarikat dilaporkan.  Ianya dijangka mengurang kepada 5.20 juta berbanding 5.26 juta bulan lepas.

Anda sedang trade guna akaun demo biasa? Apa kata anda join Demo Contest dari One Financial Markets. Anda bakal memenangi sebuah Akaun Forex Real yang tidak MC, untung boleh withdraw – Info lanjut klik sini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register