Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar melonjak lebih 90 pips pada sesi dagangan New York Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0940, setelah berada dalam dagangan ‘sideway’ pada sesi Tokyo dan London, sebelum menutup sekitar paras $1.0915; apabila Indeks Harga Pengeluar Jerman dilaporkan kekal lemah tetapi memenuhi jangkaan pada -0.2%. Keputusan pilihan raya umum Sepanyol  juga, sedikit-sebanyak menyebabkan beberapa ketidakpastian dalam pasaran Eropah, apabila Parti pemerintah Perdana Menteri Mariano Rajoy kehilangan majoriti mutlak dalam pilihan raya yang menyaksikan kedua-dua pihak utama kehilangan sokongan dalam membentuk kerajaan.

Parti Konservatif Rakyat pimpinan Rajoy muncul sebagai parti yang paling kuat dalam pilihan raya tersebut, tetapi kehilangan satu pertiga daripada kerusi dan kehilangan majoriti mutlak yang dicapai pada tahun 2011 untuk membentuk kerajaan. Rajoy bagaimanapun berkata, beliau berharap untuk terus memerintah walaupun kehilangan majoriti mutlak.  Besar kemungkinan kerajaan campuran terpaksa dibentuk, seperti apa yang berlaku di Greece.

telegram-moshed

telegram-moshed

Greece sekali lagi kembali dalam berita utama, dengan Perdana Menteri Alexis Tsipras menyeru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tidak terlibat dalam ‘bailout’ ketiga Greece sebanyak €86 bilion, satu keputusan yang boleh meningkatkan kos untuk Euro-Zone. Encik Tsipras dalam wawancara dengan Financial Times, mengatakan beliau hairan dengan sikap IMF yang tidak membina berkenaan isu-isu fiskal dan kewangan. Menurut Encik Tsipras, selepas enam tahun menguruskan krisis, Eropah mempunyai kapasiti untuk menangani isu-isu dalaman Euro-Zone.

Greece telah menolak permintaan IMF untuk reformasi sistem pencennya, dan rang undang-undang yang akhirnya boleh diletakkan untuk undian pada Januari depan. IMF telah menggantung pinjaman kepada Greece kerana ianya telah menghampiri tahap tidak mapan (190% daripada KDNK pada tahun 2016). Sebab itu, kemasukan IMF dalam perjanjian ‘bailout’ adalah penting bagi menggesa Greece mengurangkan hutang, sama ada melalui hapus kira atau penyusunan semula.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register