Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.0920 ke serendah $1.0775, sebelum menutup sekitar paras $1.0870; setelah Presiden ECB Mario Draghi berkata adalah perlu untuk “mengkaji dan menimbang semula” pendirian dasar monetari ECB pada mesyuarat Mac akan datang, apabila unjuran terbaru ekonomi Euro-Zone dilaporkan. “Kita memulakan Tahun Baru, dengan risiko yang telah meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai prospek pasaran negara membangun, pasaran komoditi, dan risiko geopolitik,” menurut Draghi lagi.

Beliau berkata harga minyak yang lebih rendah akan membantu pengguna dan perniagaan, tetapi membawa risiko kepada pertumbuhan Euro-Zone. Jangkaan inflasi akan menjadi rendah pada bulan akan datang, dan hanya akan kembali pulih pada akhir 2016, katanya. ECB mengekalkan kadar deposit pada -0.3% selepas dipotong pada Disember lalu dan mengekalkan kadar pembiayaan semula stabil pada 0.05%.

ECB menjangka kadar akan kekal pada paras semasa atau lebih rendah untuk tempoh masa yang panjang, tambah Draghi lagi. Presiden ECB itu berkata pembelian aset di bawah program pelonggaran kuantitatif telah berjalan lancar dan menambah bahawa ianya jelas yang dasar monetari berfungsi dengan baik. Majlis ECB mempunyai keazaman untuk bertindak dan tidak terdapat sebarang had dalam mandat mereka, sekaligus menyebabkan pasaran menjual Euro.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register