Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1180 ke serendah 1.1080, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.1110; dalam dagangan pasca mesyuarat FOMC Amerika Syarikat dan data ekonomi dari Eropah yang bercampur-campur.

Di pasaran Eropah, ECB telah meluluskan kenaikan yang paling kecil dalam dana kecemasan untuk Greece, sejak ketegangan muncul semula pada Februari lalu; satu petanda bahawa aliran keluar deposit telah mengurang, selepas rundingan politik terhadap kewangan negara itu bertambah baik. Dalam mesyuarat di Frankfurt Rabu lalu, Majlis Pentadbir ECB berkenan menaikkan siling kepada dana bantuan kecairan kecemasan untuk Greece, sebanyak €200 juta, menjadikan jumlah maksima €80.2 billion.

Walaupun ECB tidak memberi pemiutang Greece kelonggaran lebih besar daripada yang mereka perlukan, ECB sedar bahawa dasar yang terlalu ketat boleh memburukkan lagi keadaan. Tanda-tanda kesan positif program pembelian bon Bank Pusat Eropah juga telah mula dilihat, selepas “manufacturing PMI” Euro-Zone dilaporkan lebih baik dari 52.0 kepada 52.3 bersama Perancis pada 49.3 berbanding 48.0 pada sebelumnya, walaupun Jerman merosot dari 52.1 kepada 51.4.

Hari ini Presiden ECB Mario Draghi bakal berucap dan “business climate” Jerman bakal dilaporkan, yang dijangka menurun dari 108.6 kepada 108.3; dan malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data inflasi, dengan CPI dijangka turun dari 0.2% kepada 0.1% walaupun CPi teras dijangka kekal pada 0.2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register