728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 40 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1375 ke serendah 1.1335, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah para pedagang menjangka bahawa Presiden ECB Mario Draghi akan mengekalkan dasar sedia ada buat masa ini. Euro telah kebanyakannya didagangkan dalam julat 1.1100-1.1450 berbanding dolar sejak pertengahan Ogos.

Perbezaan dasar kewangan Euro-Zone dan Amerika Syarikat diperlukan untuk memecahkan batasan julat tersebut. Ini mungkin termasuk langkah-langkah drastik oleh ECB seperti penurunan kadar deposit atau peningkatan pembelian bon bulanan, atau kenaikan kadar dari Federal Reserve AS.  Pada masa yang sama, Euro menghadapi risiko kenaikan terhad walaupun Bank Pusat Eropah mengekalkan dasar pada mesyuarat hari ini; kerana kedudukan, sentimen pelabur dan paras teknikal menambah tekanan dari retorik pembuat dasar ECB terhadap mata wang tunggal Eropah itu, menurut seorang pakar strategi dari Bloomberg.

telegram-moshed

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pegawai-pegawai ECB termasuk Naib Presiden Vitor Constancio dan ahli-ahli Majlis Pentadbiran Benoit Coeure dan Ewald Nowotny, telah secara lisan campur tangan untuk menolak euro ke paras yang lebih rendah, apabila kadar tukaran EUR/USD menutup diatas paras 1.1400.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register