728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar terus merudum untuk hari kedua, lebih 145 pips Isnin semalam dan mencapai paras terendah harian sekitar 1.1180 sebelum menutup sekitar paras 1.1190; setelah pasaran mula menerima keputusan Feds AS dan Perancis menyaksikan penurunan taraf penarafan kredit.  Pada masa yang sama, ECB kelihatan lebih cenderung untuk mula menambah rangsangan tambahan.

Keputusan Federal Reserve AS untuk tidak menaikkan kadar pinjaman asas, mengilhamkan keraguan mengenai kesihatan ekonomi global; sekaligus menghantar pasaran saham ke paras yang lebih rendah pada Jumaat lalu. Sebelum daripada itu, dolar melonjak pada awal Isnin berbanding pesaing utamanya, dengan beberapa penganalisis memberi kredit kepada pertaruhan bahawa Feds AS akan menaikkan kadar pada bulan Disember, walaupun berdiam diri pada bulan ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Memang tidak dinafikan bahawa keputusan Feds untuk mengekalkan kadar pada 0.25% pada minggu lepas adalah berita besar, tetapi ia bukanlah satu-satunya berita ekonomi AS yang bernilai untuk dilihat dengan lebih dekat. Para penganalisis juga melihat kepada hasil jualan runcit, angka inflasi, bilangan unit perumahan yang mula dibina dan permit bangunan negara untuk bulan lepas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register