Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar meningkat lebih 50 mata dari paras terendah minggu lalu, sekitar 1.2220, selepas data berimpak sederhana “consumer confidence” menunjukkan keyakinan pengguna yang bertambah baik.  Para pelabur dan pedagang juga dilihat mula membeli untuk menutup dagangan jualan mereka sebelum ini, untuk mengambil untung tahun 2014.

Spekulasi pasaran adalah tinggi mengatakan program ransangan ECB tahun 2015 akan memasukkan pembelian bon-bon kerajaan selain negara kesatuan Eropah.  Pada masa yang sama Federal Reserve Amerika Syarikat dilihat melakukan sebaliknya dan menaikkan “interest rate”.  Sabtu lalu, ahli majlis ECB Luc Coene, dalam satu temuramah menyarankan ECB membeli bon-bon kerajaan untuk menangani masalah keyakinan pelabur dan inflasi yang rendah.

Komen beliau dilaporkan sejurus selepas timbalan presiden ECB, Vitor Constancio, mengatakan ECB bakal menilai keberkesanan semua kaedah dan cara yang telah diambil untuk menjana ekonomi Euro-Zone.  Tambahnya lagi, ECB perlu bertindak sekiranya deflasi bermula dan perlu bersedia untuk kaedah dan cara alternatif yang belum pernah dicuba sebelumnya.

Hari ini, dengan data berimpak sederhana “GDP” dari Perancis yang bakal berdepan dengan 4 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat yang rata-ratanya lebih baik – “Durable goods order” dijangka meningkat dari 0.4% kepada 3.1%, “personal income & outlays” dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.5%, “new home sales” dijangka meningkat dari 458 ribu kepada 460 ribu dan GDP dijangka meningkat dari 3.9% kepada 4.3% – Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran.

 

Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register