728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

Euro Dollar merudum lebih 120 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1005 sebelum menutup sekitar paras $1.1030; selepas penurunan yang ketara dalam PMI pembuatan Jerman dilaporkan.  Aktiviti ekonomi Euro-Zone perlahan untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Februari, manakala perniagaan menurunkan harga mereka dengan lebih banyak.

Di pasaran Eropah, ekonomi Euro-Zone perlahan sedikit pada separuh kedua tahun lepas, ekoran permintaan yang lemah dari China dan lain-lain negara membangun. Kajian tersebut menunjukkan kesan yang lebih mendalam, bahawa pemulihan kini sederhana dan kehilangan momentum, selepas kegawatan pasaran kewangan; manakala penurunan harga minyak sejak awal tahun ini telah melemahkan prospek inflasi di Euro-Zone.

ECB mengakui bahawa inflasi pada 2016 mungkin amat jauh dari ramalan pada bulan Disember lalu, untuk kenaikan sebanyak 1%. Berikutan kejatuhan harga minyak, sesetengah ahli ekonomi kini menganggarkan inflasi keseluruhan yang disasarkan oleh ECB, mungkin telah mula jatuh pada bulan Februari, dan mungkin merakam hanya sedikit peningkatan sepanjang tahun ini.

telegram-moshed

Naib Presiden ECB, Vitor Constâncio berkata bahawa walaupun tiada keputusan telah dibuat, kekurangan keyakinan dalam mendapatkan tekanan inflasi yang lebih tinggi, boleh menyebabkan ECB melancarkan lebih banyak rangsangan pada bulan depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register