728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Jan 2015

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar menjunam lebih 230 pips sebaik sahaja ECB mengumumkan Quantitative Easing ala Amerika Syarikat, berjumlah lebih 1.1 trilion Euro dalam mesyuaratnya Khamis semalam.  Program itu yang bertujuan menjana ekonomi Kesatuan Eropah, bakal menyaksikan ECB membeli bon-bon kerajaan negara eropah, sebanyak 60 bilion Euro sebulan sehingga September 2016.

Ekonomi Kesatuan Eropah yang semakin tenat dan berdepan dengan risiko deflasi, telah memaksa Bank Pusat Eropah itu mengambil langkah yang sama diambil oleh Amerika Syarikat 6 tahun lalu.  Walau bagaimanapun, langkah yang di tentang keras oleh Jerman ini, tidak diketahu bagaimana hasilnya; kerana Feds mempunyai kuasa penuh terhadap ekonomi AS, sedangkan Euro-Zone mempunyai kerajaan dan polisi kewangan yang pelbagai.

telegram-moshed

Para pelabur terus menerus menjual euro dan membeli saham-saham di bursa Eropah, sekaligus menyaksikan Index Euro Stoxx 50 melonjak lebih 700 mata.  Buat masa ini, sebarang data ekonomi Kesatuan Eropah tidak banyak memberi makna, sehingga paras tukaran nilai EUR|USD mencapai kemahuan spekulasi pasaran pada parity 1:1.

Adakah anda tercari-cari cara belajar forex paling berkesan ? Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex 100% Karya dari MoshedFX – [Klik Sini]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register