728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar susut lebih 90 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0965 sebelum menutup sekitar paras 1.0925; selepas Dollar AS kembali mendapat permintaan terkesan dari data “existing home sales” yang lebih baik dari jangkaan.  Jualan rumah sedia ada AS meningkat sebanyak 5.49 juta berbanding jangkaan 5.40 juta dan 5.32 juta pada sebelum ini.

Di Eropah, Parlimen Greece semalam telah mula membahaskan set kedua langkah-langkah pembaharuan yang dituntut oleh pemiutang, sebelum rundingan baru boleh bermula. Langkah-langkah yang akan diberi tumpuan ialah perlaksanaan kaedah-kaedah sistem perbankan EU ke dalam undang-undang Greece dan memodenkan sistem kehakimannya.

Greece telah komited untuk langkah penjimatan dan reformasi yang sukar demi untuk kekal didalam euro, tetapi kejayaan memerlukan perubahan yang sama-sama penting tetapi sukar dari Jerman. Sejak 2010, cukai Greece meningkat dan perbelanjaan kerajaan menurun 20%. Keadaan ini telah menolak GDP ke bawah sebanyak lebih daripada 25% dan menaikkan nisbah GDP dan hutang kepada 180% daripada 130%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register