EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Jun 2015

0 5

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

EURUSD terus menyusut atas reaksi isu Greece yang menguasai pasaran juga isu kekukuhan US Dollar yang tidak lagi dapat dibendung. Pagi ini dilihat EURUSD terus menjunam untuk di dagangkan sekitar 1.1270.

Dipercayai ia juga adalah reaksi pedagang yang menyambung pembelian US Dollar kerana data jualan rumah yang mengagumkan disamping jangkaan data-data ekonomi bagi US Dollar hari ini akan keluar lebih baik dari jangkaan.

Ditambah pula dengan keadaan isu Greece yang tidak menentu yang dibincangkan pada EU Summit semalam. Pedagang dilihat sudah kurang berminat terhadap Euro dan mula menjual pada setiap peringkat di bawah mata 1.14.

Wawancara akhbar tentang isu Grexit dan tajuk-tajuk berita utama di akhbar banyak memainkan peranan pada masa ini yang mengekalkan pedagang Euro terus sibuk dan tidak ketentuan arah. Antara komen-komen mereka ialah, kadang-kadang dilihat isu Greece ada harapan, tetapi seminit selepas itu “seller” datang dan berkata “tidak semudah itu”. Ia menjadi situasi yang rumit sekarang.

Walau bagaimanapun pasaran sekarang menunggu berita tentang Flash Manufacturing PMI dan Flash Service PMI bagi Perancis, Itali, German dan ia dijangka bakal mengegarkan Euro untuk terus dikawal US Dollar jika ia keluar lebih buruk dari jangkaan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa