banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

Euro Dollar menutup lebih rendah Selasa semalam, sekitar $1.1216, selepas turun naik dalam dagangan bercampur-campur dari paras tertinggi harian sekitar $1.1260 ke serendah $1.1188; setelah data ekonomi Euro-Zone dilaporkan bercampur-campur semalam. Kebanyakan data pembuatan dan perkhidmatan Eropah dilaporkan lebih baik dari jangkaan, walaupun sentimen ekonomi dan pembuatan Jerman serta pembuatan Perancis dilaporkan terjejas.

Di pasaran Eropah, PMI pembuatan bagi seluruh Euro-Zone dilaporkan pada 51.4 mata seperti jangkaan dan PMI perkhidmatan pula pada 54 mata, lebih baik dari jangkaan 53.5 mata.  Walau bagaimanapun, PMI Jerman yang merupakan kuasa ekonomi terbesar Eropah didapati bercampur-campur, dengan pembuatan susut kepada 50.4 mata berbanding jangkaan 50.9 mata. Namun sektor perkhidmatan Jerman dilaporkan lebih baik, pada 55.5 mata berbanding jangkaan 55.1 mata.

Perancis juga mengalami nasib yang sama, dengan PMI pembuatan yang susut kepada 49.6 mata berbanding jangkaan 50.2 mata, dan PMI perkhidmatan yang bertambah baik dari 49.2 mata kepada 51.2 mata. Pasaran menjangkakan 49.5 mata.  Dalam pada itu, seluruh Eropah terkejut apabila 23 terbunuh dalam satu serangan bom di Belgium.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register