banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar memacu naik lebih 220 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Jumaat lalu, apabila bank-bank utama mula menjual Dollar dalam fasa ‘correction’; setelah Federal Reserve Amerika Syarikat mengumumkan jangkaan perkembangan ekonomi dan kadar kenaikan “interest rate” yang lebih rendah dalam mesyuarat FOMC Khamis lalu.  Pivot mingguan yang baru adalah sekitar 1.0770

Di pasaran Eropah, krisis ‘Grexit’ sedikit mengendur apabila Greece diberitakan mula beralah kepada ‘troika’ – EU, ECB, IMF; apabila menteri kewangannya akur untuk menghantar pelan reformasi yang lebih terperinci, dalam mendapatkan dana bantuan yang baru, bagi mengatasi masalah pengeluaran besar-besaran, oleh para penyimpan bank-bank utama Greece.

ScotiaBank dalam satu laporan terbaru kepada pelanggannya, menjangka kadar tukaran EUR|USD berpotensi mencapai 1.13 pada akhir bulan ini, sebelum menyusut kepada 1.10 pada suku kedua tahun ini.  Para penganalisa melihat, ini bukanlah kerana kekuatan Euro, melainkan hanya kerana, para pelabur yang mula menjual Dollar yang berlebihan dalam pegangan mereka.

Hari ini, presiden ECB Mario Draghi bakal berucap dalam parlimen Eropah di Brussel dan dilihat bakal memberi pandangan terhadap ekonomi Eropah.  Malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “existing home sales” bulanan yang dijangka meningkat dari 4.82 juta kepada 4.9 juta.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register