728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro jatuh ke paras terendah dalam tiga minggu berbanding Dollar AS Khamis semalam, lebih 240 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1100 sebelum menutup sekitar paras 1.1110; setelah Presiden Bank Pusat Eropah Encik Mario Draghi membayangkan kemungkinan untuk melonggarkan lagi langkah-langkah ransangan ekonomi sebelum akhir tahun ini.

Bercakap pada sidang akhbar bulanan ECB, Presiden ECB Encik Mario Draghi berkata program pelonggaran kuantitatif ECB ditetapkan untuk berjalan sehingga 2016 atau selepas itu jika perlu.  Encik Draghi berkata risiko telah muncul untuk pertumbuhan dan prospek inflasi di Euro-Zone.  Komen-komen tersebut datang tidak lama selepas ECB berkata ia mengekalkan kadar pinjaman pada rekod terendah 0.05%, sejajar dengan jangkaan pasaran.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan semalam bahawa bilangan individu yang memfailkan tuntutan bantuan pengangguran awal dalam minggu berakhir 17 Oktober meningkat sebanyak 3 ribu kepada 259 ribu berbanding 256 ribu pada minggu sebelumnya. Penganalisis menjangkakan tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 9 ribu kepada 265 ribu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register