banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar jatuh untuk hari ketiga berturut-turut, lebih 90 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1115 sebelum menutup sekitar paras 1.1120; setelah para pedagang menjangka Bank Pusat Eropah bakal menawarkan lebih banyak rangsangan bagi pemulihan ekonomi Euro-Zone.  Euro mencecah paras terendah dalam tempoh hampir dua minggu berbanding dolar, menyebabkan para pedagang mempersoalkan kemampanan kenaikan mata wang tunggal itu baru-baru ini.

Semenjak mendaki ke paras tertinggi dalam tujuh bulan pada 24 Ogos, euro telah merosot hampir 5% apabila pegawai ECB termasuk Presiden Mario Draghi, mengulangi kesediaan mereka untuk bertindak balas terhadap ancaman kehilangan sasaran inflasi mereka. Ahli Lembaga Eksekutif Peter Praet berkata bahawa institusi itu akan “pasti melakukan apa yang perlu” jika objektif inflasi terancam.

telegram-moshed

“Ia kebanyakannya adalah mengenai perubahan sentimen, dan retorik ECB adalah bahagian yang penting daripada itu,” menurut John Hardy, ketua strategi tukaran asing di Saxo Bank di Denmark.  Para pelabur menyusun semula strategi mereka dan menyemak semula idea untuk kembali ke ‘carry trade’ euro.  ECB mencari apa sahaja strategi untuk penghalang pasaran dan mengelakkan risiko deflasi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register