728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.0955 ke setinggi $1.1045, sebelum menutup sekitar paras $1.1015; setelah kebimbangan mengenai keahlian UK dalam Kesatuan Eropah dan potensi kesan ekonomi terhadap Euro-Zone menguasai pasaran.  Pada masa yang sama, pasaran juga bimbang terhadap kemungkinan rangsangan tambahan daripada Bank Pusat Eropah.

Di pasaran Eropah Presiden Bundesbank Jens Weidmann berkata ekonomi Jerman masih dalam keadaan yang baik, walaupun terdapat tanda-tanda bahawa sektor pembuatan, pertumbuhan dan sentimen perniagaan semakin berkurang. Weidmann, yang juga ahli majlis ECB dan terkenal dengan penentangannya terhadap program pembelian bon besar-besaran, mengatakan tinjauan ekonomi yang lebih luas di Euro-Zone adalah baik.

telegram-moshed

“Tahun ini juga, mungkin akan melihat permintaan domestik yang pantas mengisi aktiviti ekonomi, yang nampaknya sudah bersedia untuk kekal pada trajektori menaik yang jelas pada 2016, walaupun terdapat peningkatan kecil dalam risiko,” Ketua Bundesbank itu menambah. “Pemulihan ekonomi Euro-Zone secara beransur-ansur ini dijangka berterusan sepanjang tahun ini dan tahun 2017, ” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register