Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1050 ke serendah $1.0990, sebelum menutup sekitar paras $1.1020; setelah ekonomi terbesar Eropah, Jerman, dilaporkan kehilangan momentum. KDNK Jerman memenuhi ramalan tetapi jangkaan perniagaan jatuh.

Di pasaran Eropah, Jerman juga menghadapi suasana politik yang berubah. Sokongan orang ramai kepada Chancellor Angela Merkel telah mula pudar, terutamanya mengenai isu orang-orang pelarian. Tiga negeri dalam Jerman akan mengadakan pilihan raya pada bulan depan yang akan menjadi ujian penting untuk masa depan politik Chancellor tersebut.

Butiran daripada KDNK suku keempat Jerman mengesahkan bahawa walaupun Euro lebih lemah, eksport bersih Jerman masih memberati pertumbuhan ekonomi bagi dua suku berturut-turut. Pertumbuhan Jerman dilaporkan pada 0.3%, didorong oleh permintaan dalam negeri, termasuk kenaikan 1.5% dalam pelaburan perniagaan dan peningkatan 1% dalam perbelanjaan kerajaan.

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah baru yang dijangka menurun dari 544 ribu kepada 522 ribu unit dan stok minyak mentah yang dijangka berkurang dari 2.1 juta kepada 2 juta tong. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!