Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

EURUSD jatuh sekitar 200 pip sejak awal pagi semalam selepas kekuatan US Dollar daripada kesan berita Jualan Rumah Sedia Ada. Sedikit sokongan nampak pada sekitar petang semalam selepas data-data PMI yang keluar lebih bagus daripada jangkaan. Tetapi ia tidak berjaya mengekang penjual yang mula menjual matawang Euro selepas mengambil manfaat daripada kekuatan US Dollar dan juga masalah Grexit.

Keadaan Greece yang terus menjejaskan pasarang apabila ahli-ahli politik Greece berpendapat keputusan adalah berada penuh di tangan Zon Euro manakala menteri-menteri Zon Euro agak susah memahami cadangan baru. Tetapi pada masa yang sama parlimen Greece menunjukkan yang mereka tidak mahu menyokong perjanjian baru.

Masalah Greece sekarang sedang meruncing tentang kerajaan Greece dan pemiutang antarabangsa yang meletakkan syarat-syarat bailout.

Untuk mengelakkan Greece dari mungkin terkeluar dari Zon Euro, Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mesti berjaya memujuk German Canselor, Angela Merkel untuk bersetuju rangcangannya menetapkan kewangan Greece.

Data German IFO Business Climate yang bakal dikeluarkan 4 petang hari ini, bakal menggerakkan Euro sebelum bertemu berita yang lebih besar dari US Dollar iaitu Final GDP. Final GDP dijangka keluar lebih bagus dari sebelumnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 300,000 pengunjung Moshed.com setiap bulan.Follow beliau di FB personal beliau - Klik Sini