EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mar 2015

0 8

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar memacu naik lebih 190 pips Isnin semalam, sepanjang sesi dagangan Eropah, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.0970, sebelum menutup di atas ’21 days moving average’ pada sekitar 1.0945; sekaligus menandakan perubahan trend sedang berlaku.  Kadar tukaran EUR|USD dilihat bakal berdepan dengan ‘resistance’ kukuh pada ‘major handle’ 1.1000 sehingga ‘minor handle’ 1.1050

Di Eropah krisis ‘Grexit’ mula menunjukkan sinar harapan, apabila perdana menteri Greece, Alexis Tsipras dan chancellor Jerman, Angela Merkel bertemu di Berlin bagi membincangkan masa depan Greece dalam Kesatuan Eropah.  “Consumer confidence index” yang dilaporkan bertambah baik juga, membantu mengekang pengaliran keluar Euro dari Kesatuan Eropah.

Hari ini Perancis dan Jerman bakal melaporkan “manufacturing PMI” mereka yang dijangkakan lebih baik.  Secara keseluruhan “manufacturing PMI” Euro-Zone juga dijangkakan lebih baik pada 51.5 bebanding 51.0 pada sebelumnya.  Dengan CPI Amerika Syarikat yang hanya dijangka stabil, dan “new home sales” yang dijangka meleset; Euro dilihat bakal terus mendapat permintaan, sehingga tahap penawaran (supply) selanjutnya.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa