Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.1242 ke paras terendah harian sekitar $1.1185, sebelum menutup sekitar paras $1.1218; setelah Agensi laporan pasaran Markit melaporkan data perkhidmatan dan pembuatan Euro-Zone dan beberapa ekonomi teras Eropah yang jauh meleset dari jangkaan.

Chris Williamson Ketua Ekonomi Markit menulis:

Data PMI Euro-Zone yang mengecewakan untuk bulan Mei menambah lagi keyakinan kepada cadangan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi kukuh yang dilihat pada suku pertama 2016 adalah sementara. The Markit Flash Eurozone PMI – ini adalah berdasarkan kepada kira-kira 85-90% daripada kajiselidik bulanan – susut ke paras terendah dalam masa 16 bulan, kepada 52.9 mata pada bulan Mei, turun dari 53.0 pada bulan April. Ahli ekonomi menjangkakan peningkatan kepada 53.2 mata.  Data dua bulan terkini yang lemah ini membayangkan bahawa pertumbuhan ekonomi telah perlahan pada suku kedua, turun kepada hanya sekitar 0.3%.

Dalam pada itu, Greece sekali lagi berada dalam berita hangat apabila perusuh anti-penjimatan membantah ganas terhadap reformasi kerajaan kepada sistem pencen. Kerajaan Greece mungkin telah mendapat kelulusan pembaharuan melalui parlimen tetapi Tabung Kewangan Antarabangsa dan Jerman sudah pun menegaskan bahawa negara itu masih memerlukan langkah-langkah kontingensi untuk memastikan bahawa ia memenuhi sasaran belanjawan.

Di sekitar benua Eropah, harapan perjanjian EU dengan Turki untuk membenarkan perjalanan tanpa visa kepada rakyatnya ke EU sebagai pertukaran untuk kawalan ke atas pendatang dari kawasan-kawasan lain, telah berada dalam keraguan selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menolak tuntutan EU supaya negaranya mengubah undang-undang anti-keganasannya. Dengan perjanjian ini dalam dilema, kemungkinan bahawa aliran pendatang menyeberangi ke EU tidak akan dihentikan dan jumlah pendatang yang dilihat pada musim panas sebelum ini, akan berkembang lebih besar.

Isu ini telah membawa kepada kebangkitan parti-parti berhaluan kanan di banyak negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan akan terus mengancam perpaduan, serta masa depan EU pada bulan-bulan yang akan datang. Kebimbangan yang lebih segera adalah ancaman yang semakin meningkat sekiranya UK mengundi untuk meninggalkan EU dalam referendum yang dijadualkan pada 23 Jun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register