728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

Euro Dollar terus merudum untuk hari ketiga Jumaat lalu, lebih 85 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1218 sebelum menutup sekitar paras $1.1225; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada kenyataan Presiden ECB Mario Draghi dalam mesyuarat kadar ECB sehari sebelumnya, dimana beliau menjangka risiko ke arah inflasi menurun akan berterusan, dan bahawa ia boleh jatuh kembali ke negatif wilayah pada bulan-bulan akan datang, sebelum kembali pulih menjelang akhir tahun.

Dalam mesyuarat kadar tersebut, Bank Pusat Eropah tidak mengumumkan sebarang langkah baru, sebaliknya mesyuarat lebih berkisar kepada pelaksanaan kelompok dasar yang diumumkan pada bulan lepas. Dollar Amerika merudum menjelang mesyuarat tersebut, sebelum kadar tukaran EUR/USD memuncak semasa sidang akhbar itu sehingga paras tertinggi sekitar $1.1400.

Nada sidang akhbar itu yang umumnya ‘dovish’, dan kegagalan Euro untuk mencapai semula tahap kritikal $1.1400, akhirnya mengakibatkan ‘U-turn’ dalam Dollar AS, yang melonjak secara menyeluruh selepas Encik Draghi membiarkan pintu terbuka untuk pelonggaran tambahan pada masa hadapan. Euro melihat kenaikannya dengan pantas terhakis selepas perhatian pasaran mula beralih kepada mesyuarat FEDs minggu ini, selepas pasaran menjangka satu kenyataan agresif, mengumumkan kenaikan kadar pada Jun ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Eropah, Bloomberg Markets melaporkan bahawa dalam laporan bulanan, Markit berkata Indeks Pengurus Pembelian komposit susut kepada 53 mata pada bulan April daripada 53.1 mata pada bulan Mac, dengan 50 mata sebagai garis pemisah antara pertumbuhan dan penguncupan. Kaji selidik itu juga menunjukkan sedikit perubahan pada purata keyakinan di kalangan penyedia perkhidmatan mengenai prospek ekonomi Euro-Zone.

Laporan itu datang sehari selepas Presiden ECB, Mario Draghi berkata bahawa rangsangan ECB pada Mac kini telah berfungsi dan rakyat perlu memberikan masa untuk ianya berkesan. Namun begitu, inflasi bergelut untuk kekal di atas sifar sepanjang 12 bulan yang lalu, dan Markit berkata “oleh itu tindakan dasar yang lebih agresif mungkin diperlukan.”  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register