banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar terus memacu naik lebih 340 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1715 sebelum menutup sekitar paras 1.1620; setelah para pelabur mengambil keputusan untuk keluar daripada pasaran ekuiti dan komoditi dan masuk ke dalam euro. Pasaran modal terus melihat kejatuhan apabila aliran penghindaran risiko telah bertukar ke gear yang lebih tinggi.

Kebimbangan mengenai kelembapan China, ketidakpastian dasar FOMC AS, dan persekitaran disinflasi secara makro terus menjejaskan sentimen risiko pelabur. Dengan indeks komposit China Shanghai  jatuh hampir 12% minggu lepas, para pedagang menjangkakan sokongan agresif daripada pegawai-pegawai Cina pada hujung minggu.

telegram-moshed

Penganalisis mengaitkan prestasi Euro yang kukuh ekoran kebimbangan mengenai ekonomi Eropah yang semakin menyusut, dan mengatakan euro telah menunjukkan kualiti matawang ‘safe-haven’. Pakar strategi pertukaran asing di Rabobank, Jane Foley berkata, jualan ke atas euro telah dikurangkan sejak kebelakangan ini. “Ia (euro) sememangnya telah berkelakuan dengan kualiti ‘safe-haven'”, Foley memberitahu CNBC.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register